Mengenai SKPG
Soal Selidik SKPG
Log Masuk
Tarikh Akses SKPG
Manual Pengguna
Soalan Lazim
Penerbitan
Hubungi Kami
Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) 2025
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan yang berjaya
menamatkan pengajian dengan cemerlang. Pencapaian ini
adalah hasil usaha gigih, komitmen yang tinggi, dan kesungguhan
dalam menghadapi pelbagai cabaran sepanjang tempoh pengajian. Semoga anda akan terus membawa semangat untuk belajar,
berkongsi ilmu, dan memberi sumbangan kepada pembangunan
negara. Dunia yang bakal anda ceburi akan menuntut kebijaksanaan,
ketabahan, dan sikap terbuka untuk sentiasa belajar dan menambah
nilai dalam setiap langkah yang diambil. Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada semua graduan. Semoga
anda terus melakar kejayaan dan menggapai segala impian.
Teruskanlah menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat dan
aset yang bernilai kepada negara. Sekian, terima kasih.
Akses
SKPG DI SINI
X
ARAHAN :
Untuk capaian dan paparan terbaik, sila gunakan pelayar web terkini dari Google Chrome.
Penting
Maklumat yang lengkap sahaja yang akan memperolehi Slip Kajian.
Pastikan borang dilengkapkan dengan betul dan tekan butang Seterusnya untuk ke halaman berikutnya.
Seterusnya
Pengenalan SKPG
Soal selidik yang dijalankan oleh KPT terhadap graduan bagi mengetahui status pekerjaan terkini graduan.
Mendapatkan pandangan graduan berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan institusi pendidikan tinggi masing-masing.
TUJUAN UMUM SKPG
Mendapat gambaran sebenar kebolehpasaran (employability) dalam kalangan graduan baharu
Memahami isu-isu berkaitan pekerjaan, kebolehpasaran dan mengetahui majikan graduan
Mendapat maklum balas dari graduan berkaitan beberapa aspek penting institusi seperti kualiti program pengajian, tenaga pengajar, infrastruktur, prasarana, dll
Membantu Kerajaan dalam membuat keputusan dan menggubal polisi berkaitan pekerjaan graduan berasaskan fakta yang jelas
DEFINISI BEKERJA
Graduan yang bekerja (sepenuh masa/separuh masa) sekurang-kurangnya
SATU (1) jam
semasa minggu menjawab kajian untuk
mendapatkan upah, keuntungan atau keuntungan keluarga
sama ada sebagai majikan, pekerja, bekerja sendiri/freelance atau pekerja keluarga tanpa gaji.
TERMASUK :
Graduan perubatan dan farmasi yang menjalani housemanship/tutorage
Graduan undang-undang yang menjalani chambering dan menerima gaji/elaun.
Pekerja Ekonomi GIG; contoh: GrabFood, Personal Shopper, Agen dropship, Penternak, Tukang jahit, dll
DEFINISI BELUM/TIDAK BEKERJA
Graduan yang
tidak bekerja/tiada pendapatan
semasa minggu menjawab kajian
TERMASUK :
Sedang menunggu penempatan pekerjaan (telah menerima tawaran pekerjaan)
Sedang melanjutkan pengajian/sedang menunggu keputusan/penempatan untuk melanjutkan pengajian
Sedang mengikuti sebarang program bagi meningkatkan kemahiran diri/mengikuti kursus jangka pendek
ALIRAN PENYERTAAN GRADUAN DALAM SKPG