Laman Utama
Manual Pengguna
Soalan Lazim
1.
Apa itu Kajian Pengesanan Graduan 2.0, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia?
1.
Apa itu Kajian Pengesanan Graduan 2.0, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia?
Sistem Kajian Pengesanan Graduan 2.0 merupakan kajian soal selidik yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mengetahui status pekerjaan terkini graduan. Di samping itu, kajian ini bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan strategik para graduan membangunkan kerjaya mereka dalam jangka masa yang panjang.
2.
Siapakah yang layak menyertai kajian ini?
2.
Siapakah yang layak menyertai kajian ini?
Kajian ini terbuka kepada semua graduan Institut Pengajian Tinggi negara dan Institut Latihan Kemahiran Awam yang telah berkonvokesyen dari tahun 2006 sehingga kini.
3.
Bagaimanakah cara untuk menyertai kajian ini?
3.
Bagaimanakah cara untuk menyertai kajian ini?
a)
Layari laman sesawang rasmi Portal
GREaT KPT
-
Klik
SKPG 2.0
b)
Lengkapkan maklumat berikut:
i)
No. Kad Pengenalan/Pasport/Tentera
ii)
CAPTCHA
iii)
Klik butang hantar
c)
Kemaskini status pekerjaan:
-
Klik 'KLIK DI SINI UNTUK MENGEMASKINI STATUS PEKERJAAN ANDA'
d)
Tamat
-
Slip kaji selidik
4.
Berapa lamakah masa yang diperlukan bagi menjawab soalan kajian?
4.
Berapa lamakah masa yang diperlukan bagi menjawab soalan kajian?
Hasil tinjauan mendapati, responden hanya perlu memperuntukkan masa tidak melebihi 5 minit bagi menjawab soal selidik yang disediakan. Ia merupakan satu masa yang singkat namun dapatan kajian ini dapat membantu negara merancang inisiatif bermanfaat buat para graduan.
5.
Berapa kali kemas kini status pekerjaan ini perlu dilakukan?
5.
Berapa kali kemas kini status pekerjaan ini perlu dilakukan?
Tiada had. Namun begitu, kemas kini seterusnya hanya dibenarkan pada hari berikutnya. Anda disarankan untuk mengemaskini rekod anda apabila terdapat perubahan pada status dan maklumat pekerjaan.
6.
Apa yang harus saya lakukan sekiranya sistem memaparkan '
HARAP MAAF, MAKLUMAT ANDA TIADA DALAM REKOD KAMI
'?
6.
Apa yang harus saya lakukan sekiranya sistem memaparkan '
HARAP MAAF, MAKLUMAT ANDA TIADA DALAM REKOD KAMI
'?
Sila semak nombor kad pengenalan/pasport/tentera anda. Pastikan nombor yang dimasukkan adalah sama seperti dalam rekod institusi anda dan menepati format yang ditetapkan (Cth: No. KP: 880808144444). Sekiranya semua maklumat tersebut tepat, tetapi anda tidak berjaya log masuk, sila email ke
skpgaduan@mohe.gov.my
7.
Adakah maklum balas saya sulit?
7.
Adakah maklum balas saya sulit?
Ya. Maklum balas anda akan dipelihara sebagai
SULIT
. Respons anda akan digunakan sebagai rumusan dalam laporan kajian.
[
Kembali
]
Hak Cipta Terpelihara © 2023 Kementerian Pendidikan Tinggi