Soalan Lazim
1. Apakah Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi?
Kajian Pengesanan Graduan Kemas Kini Status Pekerjaan merupakan satu soal selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi terhadap graduan institusi pengajian tinggi negara bagi mengetahui status pekerjaan terkini graduan.
2. Apakah tujuan kajian ini dijalankan?
Kajian ini bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan bagaimana para graduan membangunkan kerjaya mereka dalam jangka masa yang panjang. Maklumat ini sangat penting kepada negara dalam merancang pembangunan modal insan negara dan sosio ekonomi.
3. Siapakah yang layak menyertai kajian ini?
Kaji selidik ini terbuka kepada semua graduan institusi pengajian tinggi negara yang berkonvokesyen sejak tahun 2006 dan mempunyai data dalam pangkalan data KPT. Bagi graduan yang berkonvokesyen pada tahun semasa, pengemaskinian status pekerjaan boleh dibuat pada hari berikutnya setelah melengkapkan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG 1) dan Sistem Kajian Pengesanan Graduan TVET (SKPG-TVET).
4. Bagaimanakah cara untuk menyertai kajian ini?
Sila masukkan nombor kad pengenalan atau pasport anda, kemudian masukkan kod keselamatan. Maklumat profil dan status pekerjaan yang dipaparkan adalah berdasarkan maklumat anda yang telah tersedia dalam pangkalan data KPT sebagai rujukan.
5. Berapakah masa yang diambil untuk melengkapkan kajian ini?
Masa yang diperlukan bagi melengkapkan soal selidik ini adalah tidak melebihi 5 minit.
6. Berapa kali kemas kini status pekerjaan ini boleh dilakukan?
Tiada had, namun begitu kemas kini seterusnya hanya dibenarkan pada hari berikutnya. Anda disarankan untuk mengemaskini rekod anda apabila terdapat perubahan pada status dan maklumat pekerjaan.
7. Apa yang harus saya lakukan sekiranya sistem memaparkan "HARAP MAAF, MAKLUMAT ANDA TIADA DALAM REKOD KAMI"?
Sila semak nombor kad pengenalan atau pasport anda. Pastikan nombor kad pengenalan/pasport yang dimasukkan adalah sama seperti dalam rekod institusi anda dan menepati format yang ditetapkan (contoh no. kp: 880808144444). Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila emelkan kepada skpgaduan@mohe.gov.my
8. Adakah maklumat peribadi rahsia dan sulit?
Ya. Maklumat peribadi anda diklasifikasikan sebagai sulit. Respons anda akan digunakan untuk analisa dan kajian yang berkaitan dengan pekerjaan graduan.