Soalan Lazim
Apa itu Kajian Pengesanan Graduan, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia?
Apa itu Kajian Pengesanan Graduan, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia?
Kajian Pengesanan Graduan merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mengetahui status pekerjaan graduan setelah tamat pengajian. Di samping itu, kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan graduan berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) masing-masing.
Siapakah yang layak menyertai kajian ini?
Siapakah yang layak menyertai kajian ini?
Semua graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) negara dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang akan berkonvokesyen pada tahun semasa.
Bagaimanakah cara untuk menyertai kajian ini?
Bagaimanakah cara untuk menyertai kajian ini?
1.
Layari laman sesawang rasmi Portal
GREaT KPT
-
Klik
SKPG
2.
Lengkapkan maklumat berikut:
a)
No. Kad Pengenalan/Pasport
b)
Nama Institusi
c)
Klik butang 'Log Masuk'
3.
Lengkapkan maklumat dalam kaji selidik:
-
Bahagian A hingga Bahagian G
4.
Tamat
-
Slip kaji selidik
Berapa lamakah masa yang diperlukan bagi menjawab soalan kajian?
Berapa lamakah masa yang diperlukan bagi menjawab soalan kajian?
Hasil tinjauan mendapati, responden hanya perlu memperuntukkan masa selama 15 - 20 minit sahaja bagi menjawab soal selidik yang disediakan. Ia merupakan satu masa yang singkat namun dapatan kajian ini dapat membantu negara merancang inisiatif bermanfaat buat para graduan.
Apakah yang patut saya lakukan sekiranya ada soalan yang tidak begitu relevan dengan saya?
Apakah yang patut saya lakukan sekiranya ada soalan yang tidak begitu relevan dengan saya?
Instrumen kajian telah dibangunkan dan disemak oleh pakar dari semua jenis IPT dan industri. Namun di dalam kajian tinjauan seperti ini, agak sukar untuk membekal semua soalan relevan dengan semua kumpulan. Oleh itu, diharap anda akan cuba menginterpretasikan setiap soalan sehampir mungkin dengan situasi anda.
Apakah manfaat yang saya peroleh jika menyertai kajian ini?
Apakah manfaat yang saya peroleh jika menyertai kajian ini?
KPT sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif sokongan kepada graduan bagi meningkatkan peluang kebolehdapatan kerja graduan dengan kerjasama terutama industri seperti PENJANA-KPT CAP, JobMatching@GREaT dan lain-lain. Sila layari portal
GREaT
yang merupakan portal sehenti kepada graduan untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang kerjaya, program dan tips meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Apa yang harus saya lakukan sekiranya sistem memaparkan '
HARAP MAAF, MAKLUMAT ANDA TIADA DALAM REKOD KAMI
'?
Apa yang harus saya lakukan sekiranya sistem memaparkan '
HARAP MAAF, MAKLUMAT ANDA TIADA DALAM REKOD KAMI
'?
Sila semak nombor kad pengenalan/pasport/tentera anda. Pastikan nombor yang dimasukkan adalah sama seperti dalam rekod institusi anda dan menepati format yang ditetapkan (Cth: No. KP: 880808144444). Sekiranya semua maklumat tersebut tepat, tetapi anda tidak berjaya log masuk, sila email ke
skpgaduan@mohe.gov.my
.
Bagaimanakah maklumat status pekerjaan boleh dikemaskini?
Bagaimanakah maklumat status pekerjaan boleh dikemaskini?
Sila layari
graduan.mohe.gov.my/update
bagi tujuan mengemaskini status pekerjaan dan maklumat pekerjaan anda. Masa yang diperlukan hanya kurang daripada 5 minit.
Adakah maklum balas saya sulit?
Adakah maklum balas saya sulit?
Ya. Maklum balas anda akan dipelihara sebagai
SULIT
. Respons anda akan digunakan sebagai rumusan dalam laporan kajian.
[
Kembali
]