SKPG2.0 - Kemas Kini Status Pekerjaan
User profile picture


Satu platform yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk graduan menyemak maklumat pengajian dan mengemaskini status pekerjaan terkini.

  • Terbuka kepada semua graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) negara yang berkonvokesyen sejak tahun 2006 dan mempunyai rekod dalam pangkalan data KPT.
  • Bagi graduan yang berkonvokesyen pada tahun semasa (2026), kemas kini status pekerjaan adalah pada hari berikutnya setelah melengkapkan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG1) dan terhad sekali sehari.

Graduan dimohon untuk memastikan maklumat pengajian yang dipaparkan adalah tepat. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan data, sila hubungi institusi masing-masing atau hubungi kami

Soalan Lazim (FAQ)
Sekiranya terdapat perubahan status pekerjaan atau mendapat pekerjaan yang lebih baik seperti situasi di bawah:

Situasi 1
Status pekerjaan sebelumTerkini
• Belum bekerja
• Sedang Menunggu Penempatan pekerjaan
• Melanjutkan Pengajian
• Bekerja

Situasi 2
Mendapat pekerjaan yang lebih baik sama ada dari segi jawatan atau gaji
SebelumTerkini
Gaji: RM1500RM3,000
Kerjasama anda dalam mengemas kini maklumat status pekerjaan melalui SKPG 2.0 adalah amat dihargai. Maklumat tersebut sangat signifikan bagi membantu pihak Kerajaan dan IPT memperoleh data yang sahih, tepat, serta komprehensif demi memperkasakan kualiti pendidikan tinggi negara.
Sila pastikan No. KP/Pasport dan CAPTCHA yang dimasukkan adalah tepat. Bagi graduan bukan warganegara, sila gunakan No. Pasport yang didaftarkan semasa mengikuti pengajian. Sekiranya anda masih menghadapi kesulitan untuk log masuk, kemungkinan rekod anda tiada dalam pangkalan data SKPG KPT. Sila hubungi pihak IPT masing-masing untuk pengesahan status anda.
• Maklumat pengajian yang dipaparkan dalam sistem ini merangkumi graduan IPT tempatan yang berkonvokesyen tahun 2006 dan ke atas.
• IPT anda tidak membekalkan data kepada pihak KPT.
• IPT anda tidak menyertai Kajian Pengesanan Graduan pada tahun tersebut.
Kajian Pengesanan Graduan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Bagi Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), penyertaan adalah bermula pada tahun 2018.

SKPG 2.0 Kementerian Pendidikan Tinggi © 2025 Hak Cipta Terpelihara. Paparan Terbaik pada resolusi tinggi 1920x1080